Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Para pemimpin Singapura dan Malaysia jelas menunjukkan bahawa pendekatan diplomatik dan rundingan secara muhibah boleh membawa kepada penyelesaian yang baik bagi setiap masalah yang mungkin dihadapi.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

PM Lee Hsien Loong (kiri) dan PM Malaysia Mahathir Mohamad berjabat tangan di akhir Retreat Pemimpin Malaysia Singapura ke-9 (Gambar: Associated Press)

Diterbitkan : 09 Apr 2019 04:13PM Dikemas Kini : 09 Apr 2019 04:15PM

BERITAmediacorp: Singapura dan Malaysia sejak sekian lama menjalin hubungan kukuh dan erat yang bertunjangkan sejarah dan kepentingan yang dikongsi sama.

Gambar Pilihan Hari Ini merakam detik bersejarah apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad bagi Retreat Pemimpin Malaysia-Singapura ke-9 - kali pertama kerajaan Pakatan Harapan menjadi tuan rumah sejak mengambil alih kuasa selepas pilihan raya tahun lalu.

Meski hubungan dua hala baru-baru ini dibelenggu cabaran berhubung isu air dan sempadan, para pemimpin kedua-dua negara jelas menunjukkan bahawa pendekatan diplomatik dan rundingan secara muhibah boleh membawa kepada penyelesaian yang baik bagi setiap masalah yang dihadapi.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan