Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Sejak November lalu, ribuan penduduk merata Perancis mengadakan tunjuk perasaan 'baju kuning'. Rasa tidak puas hati yang mula-mula tercetus akibat cukai minyak, membuak-buak hingga dizahirkan secara ganas dengan tindakan merosakkan harta benda awam.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Apr 2019 02:52PM Dikemas Kini : 08 Apr 2019 03:00PM

BERITAmediacorp: Sejak November lalu, ribuan penduduk merata Perancis mengadakan tunjuk perasaan 'baju kuning'. Rasa tidak puas hati yang mula-mula tercetus akibat cukai minyak, membuak-buak hingga dizahirkan secara ganas dengan tindakan merosakkan harta benda awam.

Namun di tengah-tengah ketegangan dan kekecohan itu, Gambar Pilihan Hari Ini memetik salah seorang penunjuk perasaan yang menayangkan bentuk hati atau jantung (heart shape) ke arah pihak polis yang cuba meredakan keadaan.

Mungkin juga ini satu peringatan kepada pihak berkuasa Perancis, di sebalik keganasan dan kerosakan yang berlaku, apa yang ingin dikecapi para pembantah adalah meluahkan ketidakpuasan yang lama terbuku di dalam hati mereka dan agar langkah-langkah diambil untuk mengatasi masalah-masalah ekonomi yang menjejas kehidupan seharian mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan