Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Bayangkan penderitaan yang terpaksa diharungi kanak-kanak Syria akibat perang saudara yang berlarutan bertahun-tahun lamanya. Mereka bukan sahaja kehilangan tempat tinggal, namun sesetengah mereka juga dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Amer Alhamwe/AFP)

Diterbitkan : 31 Mar 2019 05:42PM Dikemas Kini : 31 Mar 2019 05:52PM

BERITAmediacorp: Bayangkan penderitaan yang terpaksa diharungi kanak-kanak Syria akibat perang saudara yang berlarutan bertahun-tahun lamanya. Mereka bukan sahaja kehilangan tempat tinggal, namun sesetengah mereka juga dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan.

Dalam gambar pilihan kami hari ini, kanak-kanak Syria kelihatan terpesona dengan pertunjukan boneka di tengah-tengah runtuhan bangunan-bangunan yang roboh di bandar Saraqib, di wilayah Idlib yang dikuasai pemberontak.

Sejak 2013, Walid Rasheed melawat kem-kem pelarian dan kawasan kejiranan yang terjejas akibat perang saudara bagi membawa sedikit keceriaan kepada kehidupan kanak-kanak Syria menerusi pertunjukan boneka seumpama ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan