Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Pelbagai iktibar yang boleh diambil daripada titik hitam dalam sejarah New Zealand itu, namun poster yang dibawa oleh wanita dalam gambar ini mungkin menggambarkan secara tuntas mesej utamanya: 'Mereka sebahagian daripada Kami. Kia Kaha (Bertabahlah)." 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Mar 2019 02:18PM Dikemas Kini : 29 Mar 2019 02:21PM

BERITAmediacorp: Genap dua minggu sudah berlalu sejak serangan dilancarkan oleh penyokong tegar kuasa kulit putih ke atas dua buah masjid di Christchurch, New Zealand.

Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan suasana di sekitar upacara bagi memperingati 50 jemaah solat Jumaat yang terkorban dalam serangan yang tidak berperikemanusiaan itu. Kehadiran berpuluh-puluh ribu orang termasuk Perdana Menteri Jacinda Ardern dan para wakil daripada 59 buah negara, jelas menunjukkan bahawa masa belum dapat mengubati kedukaan yang dirasai.

Pelbagai iktibar yang boleh diambil daripada titik hitam dalam sejarah New Zealand itu, namun poster yang dibawa oleh wanita dalam gambar ini mungkin menggambarkan secara tuntas mesej utamanya: 'Mereka sebahagian daripada Kami. Kia Kaha (Bertabahlah)." 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan