Gambar Pilihan Hari Ini
Jika disebut tentang musim bunga di Jepun, anda mungkin akan mengaitkannya dengan musim bunga sakura yang sedang berkembang mekar.
BERITAmediacorp: Jika disebut tentang musim bunga di Jepun, anda mungkin akan mengaitkannya dengan musim bunga sakura yang sedang berkembang mekar. Malah, negara itu menjadi salah satu destinasi pilihan bagi para pelancong sedunia sewaktu musim bunga.
Bagi anda yang ingin menyaksikan sendiri bunga sakura ini, anda boleh mengunjungi pameran bunga 'Blossom Beats' di Taman di Pesisiran.
Inilah peluang untuk menikmati keindahan bunga-bunga berwarna merah jambu ini, seperti yang dipaparkan dalam gambar pilihan kami hari ini.
Lebih 30 jenis bunga sakura memenuhi seluruh Flower Dome di Taman di Pesisiran sehingga 31 Mac ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.