Gambar Pilihan Hari Ini
Beginilah keadaan yang terpaksa diharungi Enia Joaquin Luisa, 11 tahun, dan adik perempuannya Luisa, 6 tahun, menyusuli taufan Idai yang membadai Mozambique lebih seminggu lalu.
BERITAmediacorp: Beginilah keadaan yang terpaksa diharungi Enia Joaquin Luisa, 11 tahun, dan adik perempuannya Luisa, 6 tahun, menyusuli taufan Idai yang membadai Mozambique lebih seminggu lalu.
Pasangan adik beradik itu tiada pilihan lain tetapi untuk mencari tempat berteduh di bawah helaian plastik bagi melindungi diri daripada cuaca hujan, seperti yang dipaparkan dalam gambar pilihan hari ini.
Taufan Idai yang membadai Mozambique dan bahagian timur Zimbabwe meragut 705 nyawa setakat ini, dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar lebih banyak bantuan dihulurkan kepada para penduduknya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.