Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Hubungan antara kaum Maori dengan masyarakat Islam di New Zealand adalah sesuatu yang melambangkan persahabatan dan keindahan perpaduan kaum dan budaya yang terjalin menyusuli serangan pengganas yang dilancarkan ke atas dua masjid di Christchurch, yang meragut nyawa 50 orang jemaah.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Anthony Wallace/AFP)

Diterbitkan : 24 Mar 2019 03:26PM Dikemas Kini : 24 Mar 2019 03:29PM

BERITAmediacorp: Hubungan antara kaum Maori dengan masyarakat Islam di New Zealand adalah sesuatu yang melambangkan persahabatan dan keindahan perpaduan kaum dan budaya yang terjalin menyusuli serangan pengganas yang dilancarkan ke atas dua masjid di Christchurch, yang meragut nyawa 50 orang jemaah.

Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan seorang penganut Islam dan seorang lelaki warga tempatan New Zealand menyapa satu sama lain melalui sapaan tradisional Maori yang dikenali sebagai 'hongi'.

Pengganas tersebut, Brenton Tarrant 28 tahun, cuba memecahbelahkan New Zealand melalui ideologinya yang jahat.

Sebaliknya seluruh New Zealand menunjukkan bahawa negara itu tidak mudah pecah belah dan dunia dapat menyaksikan menyaksikan sifat kasih sayang dan belas ihsan berjuta-juta rakyat New Zealand. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan