Gambar Pilihan Hari Ini
Sudah genap seminggu sejak serangan pengganas ke atas dua masjid di Christchurch meragut nyawa 50 jemaah dan menggegarkan seluruh masyarakat New Zealand. Akhbar 'The Press' mengabadikan nama-nama mangsa.
BERITAmediacorp: Sudah genap seminggu sejak serangan pengganas ke atas dua masjid di Christchurch meragut nyawa 50 jemaah dan menggegarkan seluruh masyarakat New Zealand.
Sedang negara itu berkabung, Gambar Pilihan Hari Ini memetik akhbar The Press, yang mengkhususkan halaman utama terbitannya untuk memberi penghormatan kepada para mangsa serangan dengan ucapan 'Salam' dan menyenaraikan kesemua nama mangsa.
Penghormatan yang diberikan akhbar harian utama Christchurch ini menyahut seruan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern, yang bertegas untuk tidak mengungkap nama penyerang tapi sebaliknya terus mengabadikan nama dan legasi setiap mangsa yang gugur pada 15 Mac.
Laporan berkaitan:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.