Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Jenazah anak beranak pelarian Syria, Khaled Mustafa dan anaknya Hamza Mustafa, selamat dikebumikan di New Zealand hari ini menyusuli serangan pengganas pada Jumaat lalu (15 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Marty Melville/AFP)

Diterbitkan : 20 Mar 2019 01:34PM Dikemas Kini : 20 Mar 2019 01:38PM

BERITAmediacorp: Jenazah anak beranak pelarian Syria, Khaled Mustafa dan anaknya Hamza Mustafa, selamat dikebumikan di New Zealand hari ini (20 Mac) menyusuli serangan pengganas pada Jumaat lalu (15 Mac).

Bukan setakat anggota keluarga sahaja, malah seluruh masyarakat New Zealand turut berhimpun bagi memberikan penghormatan terakhir mereka hari ini.

Di luar Gereja All Souls pula, 50 pasang kasut berwarna putih disusun dengan begitu teratur di luar gereja itu seperti yang dipaparkan dalam gambar ini, bagi memperingati 50 nyawa yang terkorban dalam serangan kejam yang dilancarkan ke atas para jemaah solat Jumaat di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood minggu lalu.

Menyusuli tragedi tidak berperikemanusiaan itu, rakyat New Zealand sudah mula menyerahkan senjata api mereka bagi mematuhi undang-undang yang diperketatkan terhadap penggunaan dan pemilikan senjata api. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan