Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

"Kami tidak akan sekali-kali melupakan anda." 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: nzstuff/Instagram)

Diterbitkan : 19 Mar 2019 02:24PM Dikemas Kini : 19 Mar 2019 02:30PM

BEIRTAmediacorp: "Kami tidak akan sekali-kali melupakan anda."

Lelaki yang dipaparkan dalam gambar ini bukan seorang ahli politik mahupun orang ternama ... Allahyarham sebaliknya adalah seorang guru dan bapa kepada tiga orang anak yang berhijrah ke New Zealand dari Pakistan.

Insan mulia yang dimaksudkan ini adalah Encik Naeem Rashid. Allahyarham Naeem Rashid kini diangkat sebagai seorang wira dan nama beliau dijulang dan disanjung di seluruh dunia.

Allahyarham sedang berada di dalam Masjid Al Noor di Deans Ave bersama anak lelakinya apabila si penembak melepaskan tembakan ke arah para jemaah yang berada di dalam masjid tersebut.

Pelukis Encik Paul Walsh memberi penghormatan kepada Allahyarham atas keberaniannya yang cuba mematahkan serangan tersebut. Allahyarham Naeem Rashid dan anaknya adalah antara 50 mangsa yang terkorban dalam pembunuhan beramai-ramai pada Jumaat lalu (15 Mac).

Seperti dikatakan oleh Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern: "Sebutlah nama-nama mangsa yang terbunuh dan bukan nama lelaki yang membunuh mereka." 

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan