Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • gphi christchurch
    (Gambar: Jorge Silva/Reuters)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Masyarakat dunia digemparkan dengan berita mengenai serangan pengganas yang amat kejam di Christchurch, New Zealand pada Jumaat (15 Mac). Tiada siapa yang sangka bahawa sebuah negara yang begitu aman dan sering membuka pintu kepada warga asing akan suatu hari menjadi mangsa serangan pengganas dan jenayah kebencian.

Serangan di Masjid Al Noor dan Linwood semalam (15 Mac) menyebabkan 49 orang tidak berdosa kehilangan nyawa.

Berikutan serangan itu, orang ramai berkabung dan meletakkan bunga di luar Masjid Al Noor bagi memperingati mangsa, seperti yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini. Salah seorang juga turut meletakkan petanda dengan tulisan berbunyi: "This is not NZ" ataupun "Ini bukan New Zealand".

Ancaman pengganasan di New Zealand kini diletakkan pada tahap paling tinggi buat pertama kali dalam sejarah negara itu.

- BERITAmediacorp/AI/ai

Top