Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Kalau pencinta haiwan di Singapura masih terasa kehilangan setelah kematian beruang kutub Inuka, para penduduk di utara kepulauan Novaya Zemlya pula berasa seolah-olah diserang haiwan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Alexander Grir/AFP)

Diterbitkan : 10 Mar 2019 03:54PM Dikemas Kini : 10 Mar 2019 03:57PM

BERITAmediacorp: Kalau pencinta haiwan di Singapura masih terasa kehilangan setelah kematian beruang kutub Inuka, para penduduk di utara kepulauan Novaya Zemlya pula berasa seolah-olah diserang haiwan itu.

Malah sebuah kampung di Rusia mengisytiharkan keadaan darurat selepas berpuluh-puluh beruang kutub dilihat 'menyerbu' beberapa rumah dan bangunan awam.

Para ahli sains menjangkakan masalah ini akan berterusan pada masa akan datang akibat pemanasan global. Pencairan air batu di kawasan Artik dan kegiatan ekonomi serta tentera di kawasan itu dikatakan memaksa beruang-beruang kutub memasuki kawasan didiami manusia.

Perubahan iklim juga memaksa beruang kutub meluangkan lebih banyak masa di darat untuk mencari makanan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan