Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • vaksin
    (Gambar: Noel Celis/AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: "Aduh sakitnya!" Reaksi seperti ini pasti biasa dilihat oleh ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk suntikan vaksin. Namun, mengambil vaksin bukan satu kelaziman di banyak negara lain. Misalnya, vaksin bagi penyakit campak bukan satu kebiasaan di beberapa negara meskipun harganya sangat murah.

Agensi Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan jumlah kes penyakit campak meningkat di 98 negara pada tahun lalu. Lebih membimbangkan lagi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan bahawa jumlah kes campak di dunia melonjak 50 peratus pada 2018, meragut sekitar 136,000 nyawa.

Penyakit campak lebih mudah berjangkit berbanding batuk kering dan Ebola. "Kes-kes ini tidak hanya berlaku secara tiba-tiba. Dengan keadaan serius yang kita saksikan pada tahun 2018, jika tindakan tidak diambil, akan ada akibat teruk terhadap kanak-kanak kelak," kata Pengarah Eksekutif UNICEF, Henrietta Fore.  

- BERITAmediacorp/aq

Top