Gambar Pilihan Hari Ini
Selama hampir 10 tahun, seorang tukang emas dari Ahmedabad, India ini sanggup membuat 1,700 keping roti chapati setiap minggu semata-mata untuk memastikan monyet-monyet 'langur' tidak hidup kebuluran.
BERITAmediacorp: Selama hampir 10 tahun, seorang tukang emas dari Ahmedabad, India ini sanggup membuat 1,700 keping roti chapati setiap minggu semata-mata untuk memastikan monyet-monyet 'langur' tidak hidup kebuluran.
Setiap Isnin, Encik Swapnil Soni akan mengunjungi sebuah taman di luar Ahmedabad untuk memberi makanan kepada lebih 500 ekor monyet 'langur' seperti yang dipaparkan dalam gambar pilihan kami hari ini.
Menurut Encik Soni, monyet-monyet itu sentiasa menantikan ketibaannya dan sabar menunggu untuk giliran mereka diberi makanan.
Sifat penyayang dan belas ihsan yang dipaparkan Encik Soni ini patut dipuji dan dicontohi dalam kehidupan bermasyarakat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.