Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Hari ini, seorang tokoh dan legenda penyiaran Singapura dikebumikan. Pemergian Asmah Laili yang terkenal sebagai personaliti radio yang hebat, pasti dirasai keluarga, sahabat handai dan para peminat beliau.   

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 16 Feb 2019 12:57PM Dikemas Kini : 16 Feb 2019 01:08PM

BERITAmediacorp: Hari ini, seorang tokoh dan legenda penyiaran Singapura dikebumikan. Pemergian Asmah Laili yang terkenal sebagai personaliti radio yang hebat, pasti dirasai keluarga, sahabat handai dan para peminat beliau.

BERITAmediacorp memberi penghormatan kepada Allahyarhamha Asmah Laili dengan memilih wajahnya untuk Gambar Pilihan Hari Ini. Gambar ini merupakan petikan skrin semasa beliau menyampaikan warta berita menerusi televisyen. Beliaulah wajah pembaca warta berita Melayu pertama di Radio Televisyen Singapura pada tahun 1963, sekali gus seorang perintis bidang penyiaran.

"Dulu semasa saya baca Berita (televisyen), ditetapkan pakaian seragam. Jadi bagus juga begitu, seragamnya saya ingat lagi warna kuning air dan coklat sedikit. Jadi apabila kita keluar di TV, orang semua bilang ini jurujual wanita dari gedung membeli-belah di sini," Cik Asmah Laili mengimbas pengalamannya kepada BERITAMediacorp pada 2017, tentang zaman awal berita televisyen.   

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan