Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Ibu bapa sepasang kembar siam ini terpaksa redha dengan hakikat bahawa anak-anak mereka sudah meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Mohammed Huwais/AFP)

Diterbitkan : 13 Feb 2019 12:37PM Dikemas Kini : 13 Feb 2019 12:40PM

BERITAmediacorp: Ibu bapa sepasang kembar siam ini terpaksa redha dengan hakikat bahawa anak-anak mereka sudah meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

Gambar Pilihan Hari Ini menggambarkan keadaan meruncing di negara Yaman yang dilanda peperangan. Ia menunjukkan bayi kembar siam, Abdelkhaleq dan Abdelrahim, yang meninggal dunia di Sanaa pada 9 Februari. Pasangan kembar itu yang masing-masing mempunyai jantung dan paru-paru sendiri tetapi berkongsi buah pinggang dan sepasang kaki, dilaporkan dirawat di sebuah hospital di Yaman.

Bagaimanapun, disebabkan peralatan perubatan yang tidak mencukupi, pihak hospital merayu agar bayi kembar siam itu mendapatkan rawatan di luar negara. Malangnya, rayuan mereka gagal.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia, sejak 2015, sekitar 10,000 orang terbunuh dan lebih 60,000 cedera akibat konflik di Yaman, kebanyakannya orang awam.

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan