Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar Pilihan Hari Ini seperti satu lukisan. Namun, bayangkan jika pandangan mata menjadi kabur sebaik sahaja anda menjejak keluar dari rumah kerana ribut salji yang begitu buruk.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Toby Melville/Reuters)

Diterbitkan : 12 Feb 2019 01:29PM Dikemas Kini : 12 Feb 2019 01:32PM

BERITAmediacorp: Gambar Pilihan Hari Ini seperti satu lukisan. Namun, bayangkan jika pandangan mata menjadi kabur sebaik sahaja anda menjejak keluar dari rumah kerana ribut salji yang begitu buruk.

Jambatan tergantung yang begitu cantik dan selalunya menarik perhatian ramai pelancong pula menjadi seperti ais. Pasti masa terasa berlalu begitu perlahan jika melalui Jambatan Tergantung Clifton di Bristol ini. Menggigil! Apa lagi kalau anda terpaksa berbasikal dan mengayuh melawan angin.

Jambatan tergantung Clifton ini merupakan antara jambatan terbaik di dunia. Ia direka Isambard Kingdom Brunel yang hanya berusia 24 tahun bila beliau diberi kepercayaan untuk membina jambatan tersebut. Ia siap dibina dan dibuka pada 1864.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan