Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Ketika perlawanan sengit sedang berlangsung antara pasukan tuan rumah Everton dengan Wolverhampton Wanderers di Goodison Park, tiba-tiba seekor kucing dengan selamba membuat 'penampilan khas' di padang.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: @LivEchoEFC/Twitter)

Diterbitkan : 04 Feb 2019 12:03PM Dikemas Kini : 04 Feb 2019 05:13PM

BERITAmediacorp: Ketika perlawanan sengit sedang berlangsung antara pasukan tuan rumah Everton dengan Wolverhampton Wanderers di Goodison Park, tiba-tiba seekor kucing dengan selamba membuat 'penampilan khas' di padang.

Pasukan Wolves baru sahaja menyumbatkan gol ketiganya ketika tumpuan para penonton tiba-tiba beralih kepada kucing berwarna hitam itu.

Lebih mencuit hati, ia sempat berlari-lari di padang bola sehingga ia sukar untuk ditangkap. Orang ramai pula bersorak: "Sign him up!" (Dapatkan khidmatnya dalam pasukan!)

Lima minit kemudian, barulah kucing itu berjaya ditangkap. Kalau ada yang menganggap kucing hitam sebagai satu petanda malang, mungkin Everton merungut besar selepas kemunculannya. Hingga ke akhir perlawanan, ia hanya berhasil menjaringkan satu gol dan tumpas di tangan Wolves 1-3. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan