Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • Gambar Pilihan Hari Ini (7)
    (Gambar: BERITAmediacorp)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Kalau anda melancong ke Bandung, anda bukan sahaja dapat menikmati makanan-makanan murah tetapi tidak akan 'kering gusi' melihat pelbagai kemeja-T lucu seperti dalam Gambar Pilihan Hari Ini. Malah, baju-baju ini dijual pada harga serendah S$10.

Pastinya, sepanjang anda berjalan di kedai-kedai yang menjual 'kaos' seperti ini, anda akan berasa terhibur. Tidak bercorak ataupun istimewa - tetapi cukup ringkas bagi mereka yang suka bercanda. Atau mungkin mengingatkan anda kepada seseorang "yang pernah kurus". 

Lebih kreatif lagi, ada saja soalan retorik pada kata-kata yang terpampang pada baju. Cuba zum masuk gambar ini. 😊

Anda antara mereka yang mempunyai baju seperti ini? Kongsilah bersama kami! 


- BERITAmediacorp/aq

Top