Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Inilah antara nasib majoriti penduduk Iraq.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Ahmad Al-Rubabye/AFP)

Diterbitkan : 25 Jan 2019 01:16PM Dikemas Kini : 25 Jan 2019 01:20PM

BERITAmediacorp: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Inilah antara nasib majoriti penduduk Iraq.

Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan seorang pekerja warga Iraq yang sedang mengeluarkan barangan yang diimport dari sebuah trak di daerah komersil Shorja di pusat Baghdad.

Para penduduk dapat menghela nafas lega selepas para penggubal undang-undang Iraq meluluskan belanjawan pemerintah bagi 2019 sebanyak AS$111.8 bilion (S$152 bilion).

Jumlah itu yang terbesar pernah dibelanjakan dan merupakan kenaikan hampir 45 peratus berbanding tahun lalu. Peruntukan bagi gaji pekerja awam juga ditambah, termasuk bagi penduduk Kurdi di utara.

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan