Gambar Pilihan Hari Ini
Hebat! Ibarat melakukan 'handstand' di atas pergunungan
BERITAmediacorp: Sukan ski salji pasti sesuatu pengalaman yang menyeronokkan - beriadah dalam cuaca sejuk sambil menikmati pemandangan yang indah.
Namun apabila sukan itu dilakukan cara gaya bebas, semua tunggang terbalik dibuatnya! Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan aksi hebat Mengtao Xu dari China, salah seorang peserta pertandingan Kejuaraan Dunia Ski Salji Gaya Bebas. Cik Xu dilihat 'melambung tinggi' ke udara dan sempat menghulur tangan seolah-olah melakukan 'handstand' di atas gunung.
Tidak kira menang atau kalah, gambar penuh aksi ini pasti sesuatu yang boleh beliau jadikan kenangan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.