Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Kanak-kanak di seluruh dunia mungkin mengenali watak-watak Sesame Street tetapi bagaimana pula bagi mereka yang terpaksa berteduh di kem-kem pelarian?

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: The Guardian/Instagram)

Diterbitkan : 20 Jan 2019 03:26PM Dikemas Kini : 20 Jan 2019 03:30PM

BERITAmediacorp: Kanak-kanak di seluruh dunia mungkin mengenali watak-watak Sesame Street tetapi bagaimana pula bagi mereka yang terpaksa berteduh di kem-kem pelarian?

Kanak-kanak inilah sering menjadi mangsa dalam krisis kemanusiaan, dengan nasib dan masa hadapan tidak menentu.

Tahukah anda meskipun kanak-kanak membentuk separuh daripada 25 juta pelarian di seluruh dunia, namun kurang tiga peratus daripada belanjawan bantuan kemanusiaan sejagat diperuntukkan demi pendidikan?

Kini watak Sesame Street digunakan bagi membantu kanak-kanak pelarian Rohingya belajar menerusi buku cerita, permainan dan video serta mainan teka-teki, seperti yang dipaparkan dalam gambar pilihan kami hari ini.

Pada Disember lalu, Yayasan LEGO memberikan Bengkel Sesame geran bernilai S$100 juta untuk memperluaskan kegiatannya. Nampaknya masa hadapan mereka mungkin lebih cerah dengan inisiatif Bengkel Sesame, yang bertujuan membangunkan kemahiran kanak-kanak pelarian. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan