Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • gphi
    (Gambar: Anthony Wallace/AFP/Instagram)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: "Hong Kong penuh sesak dan ada ramai orang di mana sahaja anda pergi... tetapi bila anda di meluncur di udara, anda rasa bebas sekali," kongsi Lam, seorang pensyarah universiti.

Sukan luncur udara ataupun 'paragliding' semakin popular di kalangan golongan muda di Hong Kong. Dengan ramai daripada mereka yang tinggal di flat-flat kecil bersama ibu bapa, sukan inilah satu-satunya cara yang dapat memberi mereka sedikit kebebasan serta mengurangkan tekanan seharian.

Dalam gambar pilihan kami hari ini, seorang peluncur udara kelihatan seolah-olah 'mendarat' di bulan berdekatan gunung Ma On Shan di Hong Kong.  

- BERITAmediacorp/AI/ai

Top