Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Kasih ibu tiada tandingannya. Keadaan diri serba kekurangan tidak mematahkan semangat wanita ini untuk terus mencurahkan kasih sayang kepada anaknya yang baru masuk Darjah 1.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 10 Jan 2019 01:20PM Dikemas Kini : 10 Jan 2019 07:32PM

BERITAmediacorp: Kasih ibu tiada tandingannya. Keadaan diri serba kekurangan tidak mematahkan semangat wanita ini untuk terus mencurahkan kasih sayang kepada anaknya yang baru masuk Darjah 1.

Inilah Cik Nur Zakiah Jaafar. Beliau menghidap penyakit Buerger yang menghalang aliran darah ke tangan dan kakinya. Akibatnya, kulitnya menjadi rosak sehingga berlaku jangkitan. Jari-jemarinya seolah-olah dimamah sejenis virus. Setiap kali pembalutnya perlu ditukar, beliau akan mengerang kesakitan.

Tetapi, meskipun dalam kesakitan, beliau tetap cekal membesarkan anaknya. Malah beliau terus memberikan anaknya semangat ketika dia melangkah ke sekolah rendah. Cik Zakiah membesarkan anaknya bersama ibunya yang kini sudah lanjut usia.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan