Gambar Pilihan Hari Ini
Bagaimanakah warga di pelusuk dunia yang lain raikan awal tahun baru?
BERITAmediacorp: Sekali pandang, warna merah garang di muka dan tanduk di kepala mungkin menghairankan sesetengah orang yang melihatnya.
Cat muka dan hiasan yang dipakai wanita dalam Gambar Pilihan Hari Ini adalah sebagai sebahagian perayaan besar-besaran yang dipanggil perarakan Keluarga Castaneda di Pasto, Colombia.
Perarakan yang disertai lebih 10,000 penggiat seni dan kraftangan ini sebahagian daripada acara Karnival Hitam dan Putih (Carnaval de Negros y Blancos) yang diangkat sebagai salah satu budaya warisan dunia yang tidak ketara dalam senarai UNESCO sejak 2009.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.