Gambar Pilihan Hari Ini
Kalau sebelum ini hanya ada arca Sir Stamford Raffles dekat kawasan Sungai Singapura, kini ada empat tokoh lain yang juga 'bertapak' di kawasan sama.
BERITAmediacorp: Kalau sebelum ini hanya ada arca Sir Stamford Raffles dekat kawasan Sungai Singapura, kini ada empat tokoh lain yang juga 'bertapak' di kawasan sama.
Arca Sang Nila Utama, seorang putera Palembang, antara arca yang ditempatkan di samping empat tokoh lain - Sir Stamford Raffles, Munshi Abdullah, Naraina Pillai dan Tan Tock Seng. Arca-arca itu ditempatkan sempena acara memperingati dwiabad Singapura.
Ukiran terbaru itu mewakili peranan tokoh-tokoh lebih luas yang tiba di Singapura pada 1819 dan sebelumnya. Sang Nila Utama diperingati kerana sumbangannya dengan menubuhkan Kerajaan Singapura pada 1299.
Arca-arca itu akan dialihkan ke tempat-tempat lain sepanjang tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.