Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Tahun Baru disambut penuh meriah semalam di kawasan Marina Bay dan kawasan-kawasan kejiranan merata Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Brandon Tanoto)

Diterbitkan : 01 Jan 2019 01:43PM Dikemas Kini : 01 Jan 2019 01:45PM

BERITAmediacorp: Tahun Baru disambut penuh meriah semalam di kawasan Marina Bay dan kawasan-kawasan kejiranan merata Singapura.

Mereka yang berkunjung ke kawasan Marina Bay dapat menyaksikan beberapa ciri baru sebagai sebahagian daripada acara sambutan. Ini termasuk pertunjukan bunga api yang diadakan setiap jam bermula 8.05 malam semalam (31 Dis). Pertunjukan bunga api paling lama diadakan tepat pada jam 12.00 tengah malam yang berterusan selama enam minit!

Bukan itu sahaja, buat pertama kalinya segmen realiti terimbuh menampilkan duyung sepanjang 3.2 meter yang 'berenang' mengikut rentak lagu yang dipersembahkan. Pertunjukan menarik itu dicipta oleh empat pelajar Sekolah Reka Bentuk dan Media, Kolej Tengah ITE.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan