Gambar Pilihan Hari Ini
Beginilah keadaan gunung berapi yang dipercayai mencetuskan tsunami di Selat Sunda...
BERITAmediacorp: Nama yang diberikan ialah Anak Krakatau, namun kesan yang dibawa gunung berapi di selatan Sumatera ini tidak boleh diperkecilkan.
Gambar Pilihan Hari Ini merakam gunung berapi memuntahkan kepulan asap pada 23 Disember, sehari selepas berlakunya tsunami yang meragut sekurang-kurangnya 370 nyawa dan mencederakan ribuan lagi.
Sedang usaha mencari mereka yang hilang dipergiat, para pakar memberi amaran kemungkinan besar tsunami berlaku lagi sedang Anak Krakatau melalui fasa aktif.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.