Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Nampaknya pada usia kecil lagi, budak lelaki Afghanistan ini sudah pandai mencari rezeki sendiri. Inilah hakikat sesetengah golongan muda di negara-negara miskin di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Hoshang Hashimi/AFP)

Diterbitkan : 05 Dec 2018 01:30PM Dikemas Kini : 05 Dec 2018 01:35PM

BERITAmediacorp: Nampaknya pada usia kecil lagi, budak lelaki Afghanistan ini sudah pandai mencari rezeki sendiri. Inilah hakikat sesetengah golongan muda di negara-negara miskin di dunia. Kerja keras penguasaha cilik ini juga boleh dijadikan contoh teladan bagi semua.

Gambar pilihan kami hari ini memaparkan seorang budak lelaki yang sedang menapis habuk arang di depan gerainya, yang terletak di bandar Herat di Afghanistan.

Baru-baru ini, laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendedahkan sekitar 223,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka menyusuli kemarau teruk di wilayah Herat, di Badghis dan Ghor tahun ini.

Menurut Reuters, ia merupakan krisis kemarau paling buruk yang pernah melanda Afghanistan sejak beberapa dekad lalu, menyebabkan para penduduk berlapar, menjual ternakan dan berpindah ke bandar, di mana mereka lebih mudah mendapatkan akses bantuan.

Apakah senyuman yang terukir di sebalik wajah budak ini terlindung kepayahan hidup yang perlu mereka harungi? 

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan