Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Keadaan di Champs-Elysees tidak lagi menggambarkan pemandangan tersergam indah dan selamat bagi para pelancong ke Paris, sebaliknya ia sekarang ibarat 'medan perang'.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Geofroy Van Der Hasselt/AFP)

Diterbitkan : 02 Dec 2018 05:29PM Dikemas Kini : 02 Dec 2018 05:51PM

BERITAmediacorp: Keadaan di Champs-Elysees tidak lagi menggambarkan pemandangan tersergam indah dan selamat bagi para pelancong ke Paris, sebaliknya ia sekarang ibarat 'medan perang'.

Para pegawai polis antirusuhan berkawal ketat di luar restoran La Belle Armee yang digeledah semasa satu bantahan 'jaket kuning'. Tunjuk perasaan diadakan di Champs Elysees avenue di Paris pada 1 Disember sebagai membantah harga minyak dan kos kehidupan yang meningkat.

Para penunjuk perasaan anti-pemerintah dilaporkan melontarkan batu dan cat terhadap para pegawai polis antirusuhan. Pada Jumaat (30 Nov), pentadbiran Presiden Perancis Emmanuel Macron cuba berunding dengan wakil 'jaket kuning’ namun sebahagian besar usaha itu berakhir dengan kegagalan.

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan