Gambar Pilihan Hari Ini
Apa yang dilihat dengan mata kasar mungkin bukan keadaan sebenarnya.
BERITAmediacorp: Apa yang dilihat dengan mata kasar mungkin bukan keadaan sebenarnya. Pemandangan 'indah' bagaikan paparan udara nyaman dan segar ini bahkan boleh 'meragut' kesihatan anda.
Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan seorang lelaki warga India yang diselubungi jerebu dan asap tebal akibat pembakaran hutan di Jalandhar.
Pencemaran udara akibat jerebu melonjak semasa musim sejuk di utara India, di mana mutu udara di sana mengatasi paras selamat yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.