Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • GPHI Zora
    (Gambar: @nytimes/Instagram) 

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Jarang sekali kita melihat seorang warga senja 'bermain' dengan robot. Namun, robot dalam gambar pilihan kami hari ini bukanlah satu alat permainan.

Kenali Zora - sebuah robot pengasuh. Robot ini adalah ciptaan yang sedang menjalani ujian di Perancis bagi mengubah khidmat jagaan yang disediakan bagi para pesakit warga tua di negara itu.

Setibanya di Jouarre, sebuah pusat jagaan yang terletak di luar bandar Paris, ramai pesakit terus menjalinkan 'hubungan emosi' dengan robot itu dan menggendongnya seperti yang dipaparkan dalam gambar ini.

Dengan bantuan seorang jururawat yang menyelia pergerakan Zora daripada sebuah komputer riba, robot itu berupaya bertutur, membantu warga tua bersenam dan bermain serta menjadi teman kepada pesakit.

Pengalaman tersebut tentunya memberikan bayangan tentang masa hadapan khidmat jagaan warga tua yang mungkin akan bergantung kepada penggunaan robot bagi membantu mereka meniti usia senja.

- BERITAmediacorp/AI/ai

Top