Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Mereka datang berduyun-duyun untuk cuba menyeberangi sempadan Amerika Syarikat-Mexico, kebanyakannya pendatang dari Honduras yang melarikan diri daripada keganasan dan kemiskinan di negara asal. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Pedro Parrdo/AFP)

Diterbitkan : 26 Nov 2018 01:21PM Dikemas Kini : 26 Nov 2018 01:28PM

BERITAmediacorp: Mereka datang berduyun-duyun untuk cuba menyeberangi sempadan Amerika Syarikat-Mexico, kebanyakannya pendatang dari Honduras yang melarikan diri daripada keganasan dan kemiskinan di negara asal.

Gambar Pilihan Hari ini menunjukkan iltizam mereka yang tidak gentar dan sanggup bertarung nyawa memanjat tembok yang memisahkan dua negara jiran itu. Meskipun diancam dengan pelbagai tindakan daripada Presiden Trump, termasuk ditembak oleh tentera Amerika, pendatang tersebut tetap mahu memasuki negara itu sebagai pemohon suaka.

Ini kerana tanpa sebarang dokumen, undang-undang AS membenarkan mana-mana individu untuk berbuat sedemikian. Mereka hanya perlu memaklumkan kepada pegawai sempadan AS bahawa mereka lari dari penindasan dan keganasan di negara masing-masing sekali gus melayakkan mereka untuk ditemuduga dan memulakan pro­ses permohonan suaka. Di bawah undang-undang an­tarabangsa mereka dikategorikan sebagai pelarian. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan