Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • gphi 25
    (Gambar: สุรัตน์ แผ้วเกตุ/Facebook)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Manusia seringkali menjadikan haiwan peliharaan sebagai pendamping setia. Namun, bagaimana pula jika haiwan peliharaan yang dimaksudkan adalah seekor kerbau?

Gambar pilihan kami hari ini memaparkan Surat Paewkate, seorang peladang dari daerah Chainat di Thailand, dan kerbau di bawah jagaannya dikenali sebagai Thong Kham.

Paewkate mula menjaga kerbau itu dua bulan lalu, tetapi tidak pernah sesekali pun menyangka akan menjalinkan hubungan rapat dengan haiwan berkenaan. Sepanjang menjaga Thong Kham, Paewkate gemar menunggangnya serta mengambil gambar bersama teman barunya itu.

Yang menarik sekali, Paewkate memerhatikan Thong Kham meniru perbuatannya. Gambar-gambar yang beliau muat naik menawan hati pengguna media sosial yang antaranya mengatakan gambar dua sahabat itu menceriakan hari mereka.

- BERITAmediacorp/AI/ai

Top