Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • Gambar Pilihan Hari Ini (7)
    (Gambar: @avinashlodhi/@natures/Instagram)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Ikatan hubungan antara ibu dengan anaknya sangat murni. Bukan manusia sahaja yang sanggup melakukan apa sahaja untuk anak-anak mereka, malah haiwan juga diketahui mempunyai sifat melindungi anaknya.

Dalam gambar menyayat hati ini, seekor monyet kelihatan pilu setelah anak kesayangannya rebah akibat mengalami strok haba di Jabalpur di wilayah Madhya Pradesh, India. Namun beberapa minit kemudian, jurugambar menyaksikan sesuatu yang menakjubkan - si kecil bangun semula selepas si ibu mendakapnya.

Ternyata, hubungan antara ibu bapa dengan anak, tidak kira manusia atau haiwan, adalah sesuatu yang sangat istimewa.

- BERITAmediacorp/AI/ai

Top