Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • gphi 14 ais
    (Gambar: Oli Scarff/AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Tangan dan jari kita mungkin rasa kebas jika memegang ais begitu lama, namun bayangkan bagaimana agaknya para pengukir ais dapat bertahan bagi menghasilkan karya seumpama ini?

Dalam gambar pilihan kami hari ini, Mark Hackney menonjolkan kemahirannya mengukir yeti bagi mempromosikan 'Perkampungan Ais' di bahagian tengah Manchester di utara England.

Pameran seni ukiran ais sering diadakan semasa musim sejuk. Perkampungan Ais Manchester kali ini dibuka sehingga 5 Januari depan, menampilkan pelbagai ukiran ais menarik yang dihasilkan dengan menggunakan 250 tan bongkah ais!  

- BERITAmediacorp/AI/ai

Top