Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Venice sering dibanjiri para pelancong dari merata dunia. Namun bandar popular itu ditenggelam air bah baru-baru ini menyusuli fenomena air pasang luar biasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 07 Nov 2018 01:58PM Dikemas Kini : 07 Nov 2018 02:00PM

BERITAmediacorp: Venice sering dibanjiri para pelancong dari merata dunia. Namun bandar popular itu ditenggelam air bah baru-baru ini menyusuli fenomena air pasang luar biasa.

Hampir tiga suku daripada bandar popular Itali itu ditenggelami banjir besar menyusuli hujan lebat dan angin kencang yang membadai negara tersebut.

Paras air mencecah setinggi 152 sentimeter sehingga ke paras paha, seperti yang dilihat dalam gambar pilihan kami hari ini. Seorang kakitangan restoran juga terpaksa memakai but kalis air dan berdiri di atas kerusi sementara menantikan ketibaan para pelanggan, sedang ramai pelancong mula meninggalkan bandar tersebut.

Banjir baru-baru ini dilaporkan yang paling dahsyat pernah melanda negara itu dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun.   

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan