Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • gphi sydney sculpture
    Satu arca bernama 'Damien Looking for Sharks' di Sydney, Australia (Gambar: AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Cuba bayangkan jika gerak-geri anda diperhatikan sepasang mata yang tidak berkelip-kelip. Pasti merimaskan, terutamanya jika anda sedang cuba mengambil angin di tepi pantai.

Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan sepasang 'mata' gergasi, berupa sebuah arca yang diberi nama 'Damien Hirst Looking For Sharks'. Arca ini sebahagian pameran tahunan Sculpture by the Sea (Arca Di Tepian Samudera) yang sedang berlangsung di Sydney, Australia.

Bagaimanapun aksi seorang kanak-kanak yang menghampiri 'Damien' ini jelas menunjukkan bahawa kepala gergasi ini sebenarnya lebih comel daripada menakutkan.

- BERITAmediacorp/TQ/tq

Top