Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Inilah Masjid Arkham Babu Rahman di Palu yang dibadai tsunami pada Jumaat (28 Sep). Ia popular dalam kalangan penduduk tempatan meskipun hanya siap dibina pada 2011.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: @moh_rifky/Instagram)

Diterbitkan : 02 Oct 2018 12:55PM Dikemas Kini : 02 Oct 2018 12:57PM

BERITAmediacorp: Inilah Masjid Arkham Babu Rahman di Palu yang dibadai tsunami pada Jumaat (28 Sep). Ia popular dalam kalangan penduduk tempatan meskipun hanya siap dibina pada 2011.

Masjid yang juga dikenali sebagai Masjid Terapung ini terletak 30 meter dari pantai dan untuk memasuki masjid ini, para jemaah perlu melalui sebuah jembatan yang dihubungkan dengan sebatang jalan raya. Masjid ini dibina seorang pengusaha, Muhammad Hasan Bajamal, yang ingin mengenang jasa seorang ulama asal Minangkabau (Sumatera Barat).

Gambar ini sempat tular dan dikongsi ramai melalui wadah WhatsApp kerana masih berdiri teguh walaupun terletak dekat dengan pantai dan dipukul ombak besar tsunami setinggi enam meter. Namun, meski berdiri teguh, sebahagian masjid ini sudah ditenggelami air. Satu-satunya jambatan yang membolehkan jemaah memasuki masjid pula sudah runtuh. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan