Gambar Pilihan Hari Ini
Bencana alam seperti gempa bumi biasanya meragut nyawa ramai orang, selain menyebabkan para penduduk kehilangan tempat teduh. Namun lebih mengerikan lagi apabila ia disusuli oleh gelombang besar tsunami.
BERITAmediacorp: Bencana alam seperti gempa bumi biasanya meragut nyawa ramai orang, selain menyebabkan para penduduk kehilangan tempat teduh. Namun lebih mengerikan lagi apabila ia disusuli oleh gelombang besar tsunami.
Bandar Palu di pulau Sulawesi, Indonesia dilanda gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter dan gelombang tsunami setinggi dua meter pada Jumaat (29 Sep), mengorbankan sekurang-kurangnya 48 orang.
Dalam gambar pilihan kami hari ini, seorang wanita tidak dapat menahan sebak ketika melihat kesan kemusnahan akibat bencana alam tersebut. Apakah beliau juga kehilangan orang tersayang?
Buat masa ini, pasukan mencari dan menyelamat sedang bertungkus lumus mencari mangsa bencana tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.