Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

'Bertualang' demi bapa yang sakit kerana mencari ubat yang tidak diperolehi di negara asal mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Schneyder Mendoza/AFP)

Diterbitkan : 22 Sep 2018 12:27PM Dikemas Kini : 22 Sep 2018 12:30PM

BERITAmediacorp: 'Bertualang' demi bapa yang sakit kerana mencari ubat yang tidak diperolehi di negara asal mereka.

Itulah cabaran besar bagi penduduk Venezuela ini. Negara itu sedang berdepan dengan krisis ekonomi sehingga para penduduknya kurang bekalan makanan, ubat-ubatan dan barang-barang keperluan asas. Ini membuat sesetengah penduduknya meninggalkan negara itu demi mencari kehidupan baru dan lebih baik di negara lain.

Bagi Encik Jefferson Alexis, beliau sanggup berjalan kaki dari Venezuela ke Columbia, sambil menolak bapanya yang berkerusi roda. Barang-barang keperluan mereka semuanya dimuatkan pada kerusi roda tersebut.

Menurut laporan, lebih dua juta rakyat Venezuela melarikan diri dari negara itu sejak tahun 2014. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan