Gambar Pilihan Hari Ini
Images
Gambar Pilihan Hari Ini
BERITAmediacorp: Ini bukan silap mata mahupun rekaan Adobe Photoshop, tetapi bawang ‘raksasa’.
Beginilah kegembiraan Encik Nick Brake yang baru-baru ini memenangi peraduan bawang paling berat di utara England. Bawang yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan ini adalah seberat 7.755 kilogram!
Cuba bayangkan berapa banyak lauk yang boleh dimasak menggunakan bawang ini. Agaknya berapa banyak titisan air mata yang mengalir bagi sesiapa yang ditugaskan untuk mengupasnya.
- BERITAmediacorp/TQ/tq