Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Penderitaan yang terpaksa dilalui oleh rakyat Syria akibat perang saudara di negara itu sememangnya sungguh memeritkan. Apatah lagi jika kanak-kanak yang menjadi mangsa.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Nazeer Al-Khatib/AFP)

Diterbitkan : 04 Sep 2018 11:31AM Dikemas Kini : 04 Sep 2018 11:57AM

BERITAmediacorp: Penderitaan yang terpaksa dilalui oleh rakyat Syria akibat perang saudara di negara itu sememangnya sungguh memeritkan. Apatah lagi jika kanak-kanak yang menjadi mangsa.

Ada yang kehilangan tempat tinggal dan ada juga yang kehilangan orang tersayang akibat tragedi seperti mimpi ngeri ini.

Dalam gambar pilihan kami hari ini, hati hancur luluh melihat seorang kanak-kanak kecil duduk di hadapan khemah di wilayah Idlib yang dikuasai pemberontak Syria, di bahagian tenggara wilayah al-Ghadfa.

Pemerintah Syria dan sekutunya, Rusia baru-baru ini mengancam untuk melancarkan serangan bagi menawan semula wilayah Idlib. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan