Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • halimah mawaddah
    (Gambar: MUIS)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Pasti seakan-akan tidak percaya jika orang yang duduk bersebelahan ialah Presiden Singapura. Jelas dari reaksi yang digambarkan ini, kehadiran Presiden Singapura satu kejutan manis buat para jemaah wanita di Masjid Al-Mawaddah pagi tadi (22 Ogos).

Puan Halimah Yacob yang diiringi suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee bersama Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli antara 4,500 jemaah yang menunaikan solat hari raya di masjid tersebut.

Bersama-sama para jemaah lain mereka turut mendengar khutbah yang disampaikan Mufti Negara Dr Mohd Fatris Bakaram.

Dalam khutbahnya tahun ini, Dr Fatris mengajak umat Islam supaya "tidak mengabaikan keihsanan dan rahmah".

Sempena Aidiladha hari ini juga, Puan Halimah dan Encik Masagos mengagih-agihkan hamper kepada 20 penerima Project GOLD, satu inisiatif baru yang dilancarkan masjid berkenaan dengan Jawatankuasa Perundingan Rakyat Sengkang South. Di bawah inisiatif tersebut, S$80,000 dikumpulkan bagi membantu keluarga berpendapatan rendah di bawah skim bantuan kewangan Masjid Al-Mawaddah.  

- BERITAmediacorp/aq

Top