Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Sejak usia 7 tahun, beliau suka bermain dengan lebah. Dapat diagak dari namanya, Nature M S yang berasal dari Kerala, India memang seorang pencinta alam semula jadi. Beliau mempunyai pengalaman memelihara lebah selama 15 tahun, mengikuti jejak ayahnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: @guinnessworldrecords/ Instagram)

Diterbitkan : 18 Jul 2018 11:25AM Dikemas Kini : 18 Jul 2018 11:53AM

BERITAMediacorp: Sejak usia 7 tahun, beliau suka bermain dengan lebah. Dapat diagak dari namanya, Nature M S yang berasal dari Kerala, India memang seorang pencinta alam semula jadi. Beliau mempunyai pengalaman memelihara lebah selama 15 tahun, mengikuti jejak ayahnya.

Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan Nature membuat persembahan di acara-acara dan juga muncul di layar kaca televisyen tempatan bagi menggalak orang ramai untuk cuba menceburi bidang apikultur atau pemeliharaan lebah. Baru-baru ini pula, beliau mencatat Rekod Dunia Guinness kerana kepalanya diselimuti lebah untuk tempoh paling lama iaitu 4 jam 10 minit dan 5 saat!

Awalnya, Nature hanya ingin meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya madu lebah dan apikultur. Kini minatnya itu mencetus pengalaman manis untuknya, memberi inspirasi kepada orang lain untuk menceburi kerjaya dalam bidang tersebut. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan