Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Anda memang tidak tersilap pandang. Karung besar yang menyerupai Presiden Donald Trump sengaja diterbangkan di luar Parlimen Britain oleh para penduduk yang tidak mengalu-alukan kedatangan Presiden Trump bersama isteri sempena lawatan rasminya ke London.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Jul 2018 12:00PM Dikemas Kini : 14 Jul 2018 12:09PM

BERITAMediacorp: Anda memang tidak tersilap pandang. Karung besar yang menyerupai Presiden Donald Trump sengaja diterbangkan di luar Parlimen Britain oleh para penduduk yang tidak mengalu-alukan kedatangan Presiden Trump bersama isteri sempena lawatan rasminya ke London.

Dengan wajah membengkeng dan memakai lampin, itulah gambaran Presiden Trump kepada lebih 64,000 orang penunjuk perasaan. Mereka melihatnya sebagai seorang pemimpin yang berpegang kepada nilai-nilai yang bertentangan dengan pendirian mereka berkaitan pelbagai isu. 1,000 orang berkumpul di luar Parlimen berkenaan semalam (13 Jul) sementara baki yang menyatakan hasrat mereka untuk ikut membantah yang dijangka diadakan di kawasan lain.

Menyusuli insiden itu, Presiden Trump difahamkan akan cuba sedaya upaya untuk mengelak "para penunjuk perasaan". "Sebelum ini saya suka London. Saya sudah lama tidak ke sini. Tetapi mereka tidak mengalu-alukan kedatangan saya. Mengapa pula saya harus terus berada di sini?" kata Presiden Trump.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan