Gambar Pilihan Hari Ini
Meski terhumban ke dalam lembah hidup yang penuh onak dan duri, kanak-kanak yang dilahirkan tanpa sepasang kaki ini terpaksa meneruskan kehidupan dengan menggunakan kaki palsu dari tin yang diisi kapas dan kain.
BERITAMediacorp: Meski terhumban ke dalam lembah hidup yang penuh onak dan duri, kanak-kanak yang dilahirkan tanpa sepasang kaki ini terpaksa meneruskan kehidupan dengan menggunakan kaki palsu dari tin yang diisi kapas dan kain.
Seperti Maya Mohammad Ali Merhi, 8 tahun, bapanya juga dilahirkan tanpa sepasang kaki. Namun, nasib tidak menyebelahi pelarian-pelarian Syria yang hidup dalam kemiskinan. Keluarga Maya tidak mampu membeli kaki palsu.
Bapa Maya bagaimanapun tekad membantu anaknya menjalani kehidupan seperti biasa. Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan semangat waja Maya untuk meneruskan hidupnya dengan 'kaki tin'. Maya dan keluarganya tinggal di kem pelarian di utara wilayah Syria.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.