Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Kalau anda menyaksikan Piala Dunia melalui kaca televisyen berdefinisi tinggi (HDTV) dan tempatnya berhawa dingin, lain pula cara pelarian Syria ini menyaksikan perlawanan-perlawanan Piala Dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Delil Souleiman/ AFP)

Diterbitkan : 19 Jun 2018 12:04PM Dikemas Kini : 19 Jun 2018 12:07PM

BERITAMediacorp: Kalau anda menyaksikan Piala Dunia melalui kaca televisyen berdefinisi tinggi (HDTV) dan tempatnya berhawa dingin, lain pula cara pelarian Syria ini menyaksikan perlawanan-perlawanan Piala Dunia.

Mereka mungkin tidak mampu untuk membeli televisyen mahupun melanggani Internet. Mujur mereka mempunyai projektor. Namun, tiada pula layar atau dinding. Ini tidak sekali-kali menjadi satu halangan bagi mereka... Asalkan ada pakaian yang berwarna cerah!

Dalam Gambar Pilihan Hari Ini (GPHI), seorang lelaki berdiri di depan projektor supaya orang-orang di sekelilingnya dapat menyaksikan perlawanan Piala Dunia di kem Ain Issa. Meskipun terpaksa berdiri lama, kegembiraan jelas terpancar di wajahnya kerana dapat berkumpul bersama para pelarian lain untuk sama-sama menonton Piala Dunia. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan