Gambar Pilihan Hari Ini
Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan. Beginilah suasana penuh syahdu di masjid paling ikonik di Singapura, Masjid Sultan, pagi tadi.
BERITAMediacorp: Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan. Beginilah suasana penuh syahdu di masjid paling ikonik di Singapura, Masjid Sultan, pagi tadi.
Para jemaah bersalam-salaman dan bermaaf-maafan setelah selesai menunaikan solat Aidilfitri. Tidak terkecuali adalah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli dan Mufti Negara Dr Mohd Fatris Bakaram.
Presiden Halimah Yacob bersama suaminya turut bersolat di masjid itu pagi tadi di mana Mufti mengajak umat Islam menghayati erti sebenar kerohanian dan meningkatkannya di samping memahami budaya dan agama lain.
Sempena tibanya Syawal hari ini, kami di BERITAMediacorp mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri, Minal Aidin Walfaizin Mohon Maaf Lahir dan Batin.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.