Gambar Pilihan Hari Ini
Pertemuan bersejarah antara Donald Trump dan Kim Jong Un
BERITAMediacorp: Inilah jabat tangan yang mencipta sejarah!
Seluruh dunia menanti-nantikan dengan penuh harapan agar pertemuan empat mata antara Presiden Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un akan menghasilkan sesuatu yang positif.
Tepat jam 9.05 pagi hari ini(12 Jun), Presiden Trump dan Encik Kim berjabat tangan di hadapan Hotel Capella di Sentosa sambil menguntum senyuman bagi menandakan bermulanya rundingan dua hala yang bermatlamat untuk melucutkan program nuklear Korea Utara dan sebagai ganti Amerika Syarikat menawarkan bantuan ekonomi dan jaminan keselamatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.